Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pendakwah agama terkenal yang juga merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti telah diisytiharkan sebagai mati otak selepas pegawai Arab Saudi menyuntik bahan beracun ke dalam badannya semasa proses penyeksaan yang dilakukan di penjara negara Arab itu.
Tindakan itu merupakan sebahagian daripada operasi yang diketuai Putera Mahkota Mohammed bin Salman dalam berhadapan dengan para pendakwah dan komuniti intelektual Muslim yang dianggap tidak selari dengan program reformasi beliau.
Pertubuhan hak asasi bernama Prisoners of Conscience, sebuah NGO yang berusaha untuk memperjuangkan hak asasi manusia di Arab Saudi, mengumumkan di dalam halaman Twitter rasmi mereka bahawa Dr. Ahmed al-Amari, seorang profesor di Fakulti al-Qur'an di Universiti Islam Madinah, mengalami pendarahan otak yang teruk selepas suntikan beracun itu. -Press TV
14 Januari 2019 - 19:23
News ID: 924897
Seorang pendakwah agama terkenal yang juga merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti telah diisytiharkan sebagai mati otak selepas pegawai Arab Saudi menyuntik bahan beracun ke dalam badannya semasa proses penyeksaan yang dilakukan di penjara negara Arab itu.